10 Barangan IKEA yang Sesuai untuk Pasangan Baru

Share

Dalam post kali ni,kita akan lihat barangan IKEA apa yang sesuai untuk dibeli. Bila kita baru berkahwin, rumah yang dulu kita panggil rumah “saya”, dah menjadi rumah “kami”. Pasangan muda yang baru berkahwin memberi komitmen untuk jangka masa panjang. Begitu juga barangan keperluan rumah yang bakal kita beli, ia merupakan sesuatu pelaburan jangka masa panjang.

IKEA merupakan syarikat perabot dikenali dunia, ramai yang menyukai barangan keluaran mereka sebab ;

  1. Moden dan minimal atau erti kata lain cantik utk dilihat dan mengikut peredaran zaman.
  2. Practical, functional untuk pasangan yang tiggal dibandar, apartmen merupakan pilihan, IKEA banyak memberi idea kreatif untuk Small Space
  3. Barangan IKEA sangat affordable/ mampu milik

via GIPHY

Semua value seperti diatas mampu kita miliki. Cuma kita perlu mahir baca manual dan pasang sendiri. Kalau tak, upah sahaja org IKEA untuk buat penghantaran+pemasangan.

Susunan barang dibawah merupakan dari barang yang paling penting kepada yang kurang penting. Walaupun kesemuanya diperlukan, tapi kadang2 kite faham, pasangan baru kahwin mana mampu nak beli terus semua. “Slow slow”

Berikut adalah beberapa idea barangan keperluan yang boleh dibeli di IKEA;

 

#1: Ikea Tool Kit

fixa-piece-tool-set

Kalau korang baru pindah rumah kosong, tools pula tinggal kat rumah parents, baik beli yang ni dulu. Mudah korang nak DIY barang2 lain. Dapat barang pertukagan asas seperti tukul, skru driver (pelbagai mata) dan spanar boleh laras. Sangat berbaloi.

Kalau korang dah ada set keperluan asas, boleh skip no. 1 ni.

 

#2: Langsir

Rumah baru pindah, tingkap takkan nak biar terbuka je kan? Kalau duduk rumah bujang dulu, tutup pakai surat khabar je, kalau dah berpasangan ni, kena lah beli kain langsir elok sikit.

Cadangan, beli warna2 neutral dan tidak ‘striking’ supaya mudah nak masuk dengan tema rumah anda.

 

#3: Bed Frame

Yes, kita akan tidur sekurang2 nya 6jam sehari, jadi kita perlukan tidur yang berkualiti. Untuk dapatkan tidur yang berkualiti untuk suami isteri, dapatkan rangka katil yang elok di IKEA. Set kan bajet sekurang kurangnya RM 1K-1.5K untuk tilam + rangka katil size Queen/King ya.

Katil ini merupakan penanda aras untuk tema warna yang anda akan gunakan untuk bilik tidur. Perasan tak ikea guna warna asas seperti Hitam, Putih dan Warna Kayu OAK? Jadi kalau pilih hitam, set untuk beli barangan lain juga pada tema yang sama.

 

#4: Almari Baju

Almari baju digunakan untuk gantung baju yang tidak berlipat. Contoh, baju kurung buat wanita, baju kemeja buat lelaki. Analisa sendiri adakah anda perlu almari yang besar atau tidak. Kebiasaan wanita suka almari yang besar2 ni. Jadi, pastikan Warna yang dipilih padan dengan warna katil. Pilih samaada suka yang 2-doors atau 3-doors, pintu almari pula samaada yang sliding atau jenis biasa.

 

#5: Chest Drawer

Drawer ni digunakan untuk baju yang berlipat atau pakaian kecil seperti stokin / baju dalam. Sekiranya anda pasangan baru, drawer 3-pintu pun sudah memadai. Kalau beli 4-pintu terus pun OK untuk kegunaan masa hadapan.

 

#6: Cermin Solek

Mungkin cermin yang besar bukan lah suatu keutamaan kalau anda seorang lelaki bujang.  Tapi lepas berkahwin, cermin solek itu suatu keutamaan untuk pasangan anda.

 

#7: Meja Makan / Kerja

Untuk pasangan yang baru berumah tangga, boleh fikir2 kan untuk beli sebuah meja makan yang juga boleh digunakan untuk duduk dan buat kerja. 2-in-1, jimat sementara anda nak beli furniture baru.

 

#8: Kerusi Makan / Kerja

Dah ada meja, sure tak duduk dilantai. Kita perlukan kerusi yang selesa untuk duduk lama. Kalau beli 2 kerusi dahulu pun kira OK. Ada bajet kemudian hari, tambah lah lagi mengikut keperluan.

 

#9: Storage

Bed Storage Box White

IKEA memang terkenal juga dengan functional item untuk storage furniture seperti storage bawah katil. Rak kayu palet seperti dalam gambar ni. Sesuai sangat dibeli untuk susun kotak2 atau hadiah kawin korang.

 

#10: Stools

Frosta Stool

Stools dari IKEA memang Nampak modern/minimal. Boleh dijadikan side table untuk katil anda. Kalau tetamu2 datang, boleh juga guna untuk diorang duduk nanti. Nak simpan jika tidak digunakan pun mudah.

Furniture macamana yang sesuai untuk Family?

Bagaimana pula untuk bujang?

Elok saya letak furniture atau biarkan kosong?

Berapa harga sewa saya boleh letak untuk dapatkan sewa tinggi?

Jika anda punyai soalan seperti diatas dan perlukan khidmat nasihat berkenaan rumah sewa di Shah Alam boleh hubungi saya di 017.2219.546

 

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *