Q: Macamana nak download Penyata Maybank online?

Share

2-3 hari lepas ada prospek membeli hartanah bertanya saya,“macamana ya nak download penyata maybank secara online?” Soalan ni timbul lepas saya minta prospek menyediakan dokumen2 penting untuk submission pinjaman bank. Prospek rasa susah pula nak pergi ke bank dan minta penyata selama 6 bulan, tambahan ada caj tambahan untuk printing dan pengesahan dari manager bank.

Solusi die mudah je, download penyata melalui Maybank2U. Tapi ingat, penyata yang di cetak sendiri perlu juga pengesahan. Cuma jimat sikit sebab tiada kos tambahan (setakat ini). Ikut je step mudah di bawah

Langkah 1: Login Maybank2U

Langkah 2: Pilih “e-Bills and Statements”

penyata maybank

Langkah 3: Pilih “Statement” untuk akaun Savings/Current

penyata maybank

Langkah 4: Pilih e-bills&statement > “Savings Account”


penyata maybank

Langkah 5: Pilih penyata mengikut Quarter. Q1, Januari-Mac. Q2, April-Jun

 penyata maybank

Langkah 6: Download penyata maybank melaui PDF

penyata maybank

Langkah 7: Cetak penyata maybank

Langkah 8: Bawa penyata yang dicetak ke bank dimana akaun di daftarkan.

Langkah 9: Minta pengesahan dari Pegawai Bank. Kebiasaan, tempoh pengesahan adalah 1-2 hari sahaja. Jika hantar dokumen pagi, petang siap.

Langkah 10: Submit dokumen pada bank

 

Ikuti langkah lengkap untuk submission Pinjaman Bank dalam posting akan datang

penyata maybank

Kredit : Maybank2u /

 

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *