Tips Mengelak Dari Ditipu Dalam Urusan Sewa Rumah

Share

Zaman sekarang ni macam-macam jenis penipuan berlaku, Love Scam, Penipuan Derma, Penipuan jual beli gajet. Salah satu penipuan terbaru ialah Penipuan Sewa Rumah dimana sasarannya ialah orang yang perlukan rumah sewa dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mengetahui prosedur sebenar sewaan.

Expat Scam melibatkan hartanah sewaan diluar Negara dimana penyewa diperdaya untuk mendeposit wang pendahulan secara online tanpa sebarang perjumpaan dengan owner dan ejen.

Dalam kes berlainan, broker haram memperdaya tenant untuk membayar duit sewa rumah selama 1 bulan dan kemudian menghilangkan diri.

Beberapa tips dibawah untuk panduan bersama agar duit yang susah-susah korang kumpul tak jatuh pada tangan yang tidak bertanggungjawab.

 

#1 Berjumpa dengan penyewa / tuan rumah sendiri

Zaman serba canggih sekarang membuatkan kita lebih selesa mencari listing sewa rumah melalui Internet sahaja. Tetapi tidak bermaksud kita boleh endahkan dari berjumpa sesama sendiri. Sebelum kita buat apa-apa bayaran, atau menerima penyewa, seeloknya kita bersemuka dengan orang yang bakal penyewa, atau berjumpa dengan bakal tuan rumah. Takkan hal penting sebegini kita boleh rileks je deal dengan orang tidak dikenali.

 

#2 Tandatangan perjanjian sewa rumah

Ini adalah untuk melindungi hak kedua-dua pihak, bukan sebelah pihak sahaja ya.

Contoh 1. Melindungi hak owner sekiranya tenant menggunakan rumah sewa untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang. Sekiranya tiada perjanjian sewa rumah, owner boleh dicas bersubahat.

Contoh 2: Melindungi hak tenant sekiranya tiba-tiba owner halau dari rumah dan buat report polis atas menceroboh harta milik owner tanpa kebenaran .

Sewa Rumah Shah Alam 0172219546

 

#3 Lihat dulu rumah yang bakal disewa

Ini bagi memastikan rumah yang di iklankan di laman web adalah sama. Zaman Photoshop ni, semua yang buruk boleh edit bagi cantik, semua yang senget boleh diluruskan, rumah teres boleh ubah jadi rumah flat. Silap-silap, rumah yang di iklankan tiada.

 

#4 Siasat dahulu latar belakang tenant/landlord

Penting sebenarnya untuk siasat latar belakang tenant dan landlord ni. Bukan lah siasat sehingga upah penyiasat tu. Tetapi elok juga tahu sedikit sebanyak owner orang mana, tinggal dimana. Bakal Penyewa ni kerja dimana, bekerja sebagai apa. Sekiranya penyewa ni orang luar (foreigner) pastikan dia punyai visa atau permit bekerja yang sah.

Sewa Rumah Shah Alam 0172219546

#5 Hati-hati dengan penyewa yang request fully furnish

Ada beberapa kes berlaku pada banglo fully furnish dimana semua furniture mewah dicuri. Dalam kes ni, pencuri adalah orang lokal dan penipu ni desak untuk masuk awal setelah wang pendahuluan dibayar dan kadang-kadang owner benarkan. Jadi kita perlu lebih bijak dalam menilai hal ini.

 

#6 Lantik agent (optional)

Cara terbaik untuk mengurangkan risiko ditipu, ialah dengan melantik ejen hartanah yang berdaftar dari syarikat yang sah.
Untuk tenant yang mencari rumah, ejen semestinya sudah berurusan dengan owner yang betul, latar belakang owner sudah dikenal pasti dari awal. Memang itu langkah kerja ejen sebenarnya.
Untuk owner, Ejen akan melakukan siasatan untuk anda dan tapis bakal penyewa yang kurang sesuai. Ini dapat menyelamatkan anda dari pening kepala di kemudian hari. Bukannya kita kata ejen hartanah ni perfect, tetapi sekiranya ada apa-apa berlaku, ejen hartanah tersebut juga akan bantu mencari penyelesaian.
 .
 Jika berminat untuk tengok-tengok listing rumah sewa dari saya sila KLIK SINI, atau
.
HUBUNGI AFFENDI UNTUK

DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *