Kelayakan Beli Rumah Kos Rendah Selangor – KL

Share

Siapa yang layak beli rumah kos rendah di Selangor / KL?

Harga rumah sekarang memang tak dinafikan tinggi buat anak muda yang baru bekerja setahun dua tahun. Bukan senang nak kumpul duit deposit. Semua juga dah sedia maklum yang harga rumah susah nak turun.
.
Yang ada, hanya nilai rumah yang semakin meningkat. Bagi yang baru pertama kali nak beli rumah, rumah kos rendah adalah antara pilihan yang terbaik selain rumah second hand atau under construction.
.
Bagi yang bercadang nak beli rumah “Kos Rendah” ni, pastikan korang menepati syarat-syarat yang ditetapkan.


+ Apa syarat nak beli rumah kos rendah di Selangor?

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Bermastautin di Negeri Selangor.
4. Satu keluarga boleh memohon 1 rumah sahaja.
5. Permohonan atau suami / isteri pemohon belum beli rumah, tak kira projek kerajaan atau swasta.
6. Pendapatan seisi rumah tak lebih RM5,000 sebulan (RM3,000 kalau masih bujang).

Klik sini untuk baca sumber asal.
http://lphs.selangor.gov.my/index.php/pages/view/49

.

+ Apa syarat nak beli rumah kos rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

1. Suami dan isteri adalah warganegara Malaysia.
2. Dah berkahwin.
3. Had pendapatan terkumpul suami isteri:
4. Tak lebih RM2,500.00 untuk kos rendah,
5. Tak lebih RM3,500 untuk kos sederhana.
6. Korang kena menetap atau bekerja dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
7. Tak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35KM dari pusat bandar.
8. Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti.
.
Klik sini untuk baca sumber asal.
http://eperumahan.dbkl.gov.my/…/syarat-permohonan-kadar-sewa
.
#rumahkosrendah

Kredit : Pixabay /

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *