Baru Tahu Kenapalah Susah Nak Jual Rumah Ni

Share

“Kenapa susah jual rumah ni?” Keluhan seperti ini keluar dari seorang ejen kepada rakannya

Korang pernah tertanya-tanya tak soalan seperti diatas ni? Mesti korang rasa sangat tertekan bila owner dah tanya2 rumah die dah dapat pembeli ke tidak kan?

Berikut ialah tips dan langkah untuk kita (REN) tackle masalah ni.

 

5 BENDA WAJIB KENA BUAT, SEBELUM BANTU OWNER PASARKAN RUMAH DENGAN JAYANYA

.

1. RESEARCH VALUE

= Nak sewa atau jual, kita kena check latest transacted value, atau current rental rate. Check dgn semua sumber, bukan satu sumber je, janji kite research dulu harga untuk dapat VARIABLE harga. Kena ingat, value satu2 rumah subsale takkan sama antara satu sama lain.
.
Cuba bayangkan rumah yang mengadap lombong kumbahan, agak2 sama tak value dengan rumah2 lain? So, dapatkan VARIABLE harga dlu, baru pergi next tips.

 Macamana nak jual rumah ni?

.

2. FTF APPOINTMENT

= Set apoinmen untuk jumpa owner Face-To-Face. Ada banyak kebaikannya kalau kita jumpa owner depan2. Antaranya “BUILD TRUST”, kita bukannya jual beli ikan dipasar, kalau xsuke, boleh tukar mcm tu je. Seeloknya jumpa depan2 bincang.
.
Dari situ pun kita boleh nilai, betapa motivated nya owner nak lantik anda untuk menjual rumahnya. Kalau ada 20 ejen yang dilantik pun, sekurang-kurangnya, anda tau dgn tanya soalan yang betul.

.

3. INSPECTION

= Set apoinmen untuk melihat dlu rumah. Kadang2 owner cakap URGENT for sale, nak jual pula harga Bulan & Bintang, skali tengok2 rumah tak ready lagi.
.
Kalau anda terus bawa klien tanpa inspect dlu, silap2 anda pun terPENGSAN skali dgn Prospek.

 

Rumah bersepah mesti ada solusi - 0172219546

.

4. NASIHAT (jika perlu)

= Nasihat owner dengan sungguh2 niatnya untuk bantu owner. Kena ingat, kita nak tolong jual rumah pemilik dengan segera. Sekiranya anda diletakkan pada mata Buyer, apa yang tak kena pada rumahnya, kena bagitau. Minta keluarkan modal cat ke, kemaskan rumah ke, repair tombol pintu ke, suruh sorokkan anjing/kucing yg kt depan rumah ke.

.

5. HARGA

= Pastikan harga pasaran bersesuaian dengan asking price owner. Kadang2 ade owner yg tak kisah pasal harga, letak below market kaw2. Tak salah pun kita cuba untuk owner dapatkan lebih sikit.
.
Kadang2, ada pula yang letak harga tinggi sangat. Nak jual/sewa Urgent, bagi masa 3 bulan je. Kalau agak2 boleh jual/sewakan, ambiklah. Kalau rasa tak boleh tu, pandai2 lah tolak. Jangan jerat diri.
.
Moga bermanfaat n bertambah listing berkualiti korang. KLIK SINI jika berminat nak tengok list jual rumah
.
-Affendi
**sambil2 duduk dalam train ETS ni, aku taip sikit tips

 

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *