Tips Korang Perlu Buat Lepas Dapat Kunci Rumah

Share

Woohoo, anda berjaya jadi pemilik rumah dan dapat kunci rumah di tangan anda. Akhirnya nama anda tertera pada geran. Seperti semua owner rumah lain, anda mesti tak sabar nak shopping perabot baru untuk rumah baru. Kalau ada duit lebih sikit, boleh ubah suai ruangan2 tertentu.

Tapi, memiliki sebuah rumah ada tanggungjawab yang perlu anda pikul . Sebelum masuk rumah baru, kena pastikan beberapa perkara ‘setel’ dulu

Berikut ialah list yang perlu anda follow

 

1. Selesaikan Masalah Bocor

Baca laporan inspection dan selesaikan masalah bocor secepat mungkin. Jika anda abaikan tanda2 awal bocor, keadaan mingkin akan jadi lebih teruk

Sebagai contoh, jika paip bocor yang menyebabkan air sentiasa melimpah. Nampak kecil je pada pandangan anda, tapi jika dibiarkan, lama kelamaan akan timbul masalah bocor ditempat lain. Lambat-laun anda terkejut jika air melimpah dari celahan dinding. Ia juga bakal merosakkan struktur dalaman dinding

Pastikan anda periksa bahagian atap sebab ia susah untuk dikenalpasti pada luaran. Jika siling rumah jelas bocor, boleh jadi perkara itu sudah lama berlaku.

 

2. Tutup Semua Lubang Kecil

Sebelum korang masuk rumah dan penuhi rumah korang dengan perabot2 baru, apa kata korang periksa dengan lebih detail lubang2 atau kesan rekahan yang ada pada struktur bangunan samada dinding atau lantai

 

3. Rancang Laluan Kecemasan

Malaysia merupakan negara yang selamat dari bencana alam. Tapi tidak bermakna kita perlu endahkan dari buat persiapan kalau-kalau terjadi bencana di rumah kita

Dalam keadaan rumah masih kosong, sesuai utk kita lihat keadaan sekeliling, dalam rumah atau luar rumah andai kata berlaku kejadian seperti kebakaran dan lain-lain.

Hati-hati untuk tidak menyimpan terlampau banyak perabot atau barangan dalam sesebuah bilik sehingga boleh menyekat jalan kecemasan yang anda dah plan pada awalnya. Anda boleh lakukan sedikit perubahan dengan buka sedikit pagar atau tingkap.

Rumah ialah tempat berlindung, bukannya perangkap

 

4. Bersihkan Laluan Air

Jangan lepaskan langkah ni sebab membersihkan longkang ni tak berapa best. Anda taknak nanti tersumbat berlaku kalau musim hujan datang. Tambahan kawasan shah alam merupakan kawasan yang tinggi kes gigitan nyamuk AEDES yang berpunca dari air yang bertakung.

Bau yang kurang senang pun boleh disebabkan oleh air yang bertakung.

 

5. Tukar Alamat Surat Menyurat Selepas Dapat Kunci

Walaupun ramai orang lebih suka melengahkan perkara ni, lebih elok tukar alamat surat menyurat anda sejurus lepas anda dapat kunci rumah.

Surat biasanya ambil masa untuk sampai kerumah anda, jadi ambil peluang ni untuk korang kemaskini alamat surat menyurat anda dan elakkan dari kehilangan surat atau dokumen2 penting. Sebagai contoh? Surat panggilan untuk jawatan tempat kerja baru. Wow!

Ia lebih parah lagi kalau kejiranan lama anda tidak friendly dan tak tolong simpankan surat2 anda. Besar kemungkinan surat tu memang dah hilang dan takkan anda dapat.

 

Kredit : Starproperty / Pexels

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

 

Lepas Dapat Kunci Rumah

 

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *