Nota Hartanah Abang Ensem Review [video]

Share

 

 

Transkrip Penuh

Dalam video kali ini, saya akan kongsikan review Nota Hartnah Abang Ensem. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, salam Malaysia Baru. Hari ini seperti yang dijanjikan tanpa membuang masa saya nak bercerita berkenaan buku Nota Hartanah Abang Ensem.

So, buku Nota Haertanah Abang Ensem ini korang tengoklah ejaan dia Abang Ensem tanpa perkataan H di sini. Korang boleh cari dia di Facebook search sahaja Abang Ensem ini korang akan jumpalah dia memang tegar sharing berkenaan property di dalam laman sosial dia.

So sekiranya anda baru di sini, dan berminat berkenaan info hartanah, interior design dan info-info yang fun pastikan anda consider untuk subscribe dan follow channel saya Malaysian Properties dan pada masa yang sama saya ada podcast saya Anchor.fm/Affendi , boleh pergi ke youtube saya untuk video ini nanti saya akan update IGTV dan youtube saya.

 

Siapa Abang Ensem?

Tanpa membuang masa saya memperkenalkan sikit abang ensem ini siapa. So, abang Ensem ini saya panggil dia abang A.E. itu nama samaran dia, dia merupakan blogger hartanah yang pioneer bermula pada tahun 2008/2009 dan dalam masa sama dia merupakan savy investor dari tahun 1998.

Oleh sebab dia selalu berkongsi berkaitan hartanah di laman blog dia, dia telah menang selama 2 tahun berturut-turut 2013 dan 2014 Malaysian Best Business Blog. Korang Nampak tak? Dia actually standing tau influencer –influencer lain seperti Ahyad Ishak, Azizul Azli, Izwan Ismail, dan Faizul Ridzuan.

 

Bagus ke Abang Ensem ni?

Follower-follower aku mungkin tak berapa nak kenal sangat diorang ni kan? Dia macam Alif Syukri, Dato Seri Vida, and then artis-artis yang korang follow dekat Instagram tu kan? Diaorang satu level itulah tapi diaorang influencer berkenaan hartanah dan juga business, pelaburan dan sebagainya.

Insyallah kalau ada masa aku akan cuba kongsikan di masa hadapan top 10 influencer list yang aku rasa korang kena follow. Okay so, aku percaya ramai kat sini mungkin tak kenal siapa influencer – influencer itu, diaorang sentiasa sharing berkenaan pelaburan, hartanah dan sebagainya. Dan korang kena mulakan pelaburan korang seawal mungkinlah. Kena tau! So aku percaya follower –follower aku banyak yang muda-muda pastikan korang sebelum umur korang 25 tahun dah ada 1 property. Sebab aku ada kenal orang yang umur 24 tahun dia nak beli property ketiga, possible tak? So sebenarnya korang kena dekat dengan orang-orang yang macam ini untuk membantu korang punya pelaburan di masa hadapan.

Tanpa membuang masa saya akan cerita berkenaan saya akan buat review berkenaan Nota Hartanah Abang Ensem ini.

 

#1 : Buku Nota Hartanah Mudah Dibaca

Okay, first sekali kenapa aku suka buku ini? Sebab first sekali buku ini kau tengok? Tak tebal kan? Korang kena tanamkan minat untuk membaca dan buku ini tak berapa nak tebal tapi padat dengan information yang boleh korang gunakan untuk korang mulakan langkah pertama pelaburan korang.

And then cara penulisan dia pun sangat mudah. Dia tulis dalam bentuk numbering 1,2,3,4,5 dan korang akan mudah faham. Dia memang pioneer sharing menulis blog daripada tahun 2008 lagi macam yang aku cakap tadi. So memang cara penulisan dia punch, sampai, cepat compare to buku yang aku selalu baca.

Okay buku yang aku biasa baca dah la Bahasa english lepastu tebal pulak tu susah nak faham. Takpe korang mula somewhere baca buku nipis macam ini pun bagus lah pada aku. Okay mudah dibaca.

 

#2: Pengalaman Abang Ensem Sendiri

And yang kedua, personal touch. Okay semua benda yang diceritakan dalam buku ini, dia adalah berdasarkan pengalaman dia sendiri. Dia bermula dengan hartanah under construction, new development and then dia beraih kepada lelong, dan juga subsale.

So dia ada pengalaman pada ketiga-tiga kategori rumah ini untuk korang. Dia kongsikan dank orang boleh baca, korang ambil information yang berguna untuk apply pada korang punya pelaburan.

 

#3: Mindset

Dia juga berceritakan tentang mindset dia sendiri. So, dia merupakan seorang mindset investor. So dia akan menceritakan mindset dia membawa kepada point nombor tiga aku ialah dia cerita mindset perspektif seorang pembeli baru, mindset orang-orang muda, apa challenge dia?, mindset sedekah? Dan niat kenapa penting? Mindset sceptical terhadap bidang hartanah.

Okay tak semestinya dia yang anjurkan seminar hartanah tapi kalau korang nak tahu seminar hartanah yang lain pun banyak juga. So ada juga mindset tapi complain. Complain yang banyak? Kenapa ia tidak membantu kepada korang punya pelaburan pada masa hadapan.

 

#4: Strategi Mudah dan Praktikal

So, number 4 kenapa aku suka buka ini? Dia ada apply strategi yang mudah, dan juga praktikal. Okay so, point nombor 4, aku nak bagi tahu ini, dia sediakan strategi-strategi yang mudah, macam mana nak tengok rumah ini hot dekat sesuatu kawasan? And then first impression kenapa first impression rumah itu sangat penting? Kenap resit sewaan yang korang kena bagi pada penyewa korang itupun penting?

And then cara korang nak tapis penyewa korang. Sebab strategi-strategi seperti ini penting, and then macam mana kalau korang ada banyak rumah sewa, macam mana korang nak cari penyewa tanpa menggunakan mudah.my? tanpa menggunakan ibilik?

And tanpa menggunakan application  seperti speed rent apa yang ada ini?. So di menggunakan satu benda je. Bila dia bercerita dalam buku ini aku macam  oowh okay sampai sekarang sebab Abang Ensem ini seorang orang yang lama, orang lama tak ada lah lama sangat tapi dia punya strategi bila dia tahu strategi dia itu betul sampai sekarang dia akan gunakan. Dan masih berkesanlah. So bila dia cerita dia gunakan satu benda ini je untuk dapatkan penyewa dia, aku cakap owhh hebat juga.

 

#5: Perspektif Pelabur Hartanah 

Okay so, yang last sekali adalah kenapa aku suka buku ini? Sebab dia diceritakan sendiri oleh seorang investor. Dari sudut pandangan investor. Kalau medium itu hartanah dia akan ada pembeli dia akan ada penjual, dia kan ada agen hartanah orang yang develop hartanah itu, so diaorang ada pandangan yang berbeza.

Tapi dalam buku ini dia menceritakan daripada sudut pandang dia sendiri. Pada aku sangat-sangat berguna untuk aku sebabnya dia memberikan aku satu info dan knowledge yang dimana aku tak pernah terfikir pun. Seorang pembeli seperti dia berfikir macam itu.

Bila aku baca buku ini dia menambahbaik aku punya knowledge, dan kalau korang nak mulakan pelaburan pertama tapi tak salah pun korang baca buku ini macam aku cakap nipis je korang baca satu hari pun settle dan korang boleh faham kenapa hartanah ini merupakan medium yang baik untuk korang gunakan.

 

Itu sahaja sharing daripada saya. Kalau korang ada apa-apa soalan, korang boleh tanya dalam komen, sentiasa DM saya, saya open sahaja saya punya Direct Message itu, okay so, stay tune, like, subscribe video ini, sekiranya korang tahu ada orang yang boleh gunakan information saya ini korang boleh share pada diaorang. Assalamualaikum, salam sejahtera.

 

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *