Smart Sewa Kumpulkan 30% Untuk Korang Beli Rumah

Share

Smart Sewa merupakan program kerajaan negeri yang diwujudkan untuk membantu orang awam yang berpendapatan rendah menyewa dan akhirnya membeli kediaman di negeri Selangor. Sebelum kita cerita panjang, jom tengok video ni dulu;

Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) akan membeli unit-unit kediaman yang bersesuaian daripada pemaju perumahan dan seterusnya akan dijadikan rumah sewa. Unit-unit kediaman tersebut akan diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) untuk disewakan kepada orang awam yang berkelayakan.

bantuan kewangan sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi merealisasikan hasrat itu

Sekiranya tempoh penyewaan sudah tamat dan penyewa tidak tinggal lagi di unit sewaan tersebut, penyewa tersebut akan mendapat semula pulangan balik (refund) sebahagian daripada sewa yang telah dibayar mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri selepas ditolak segala kos-kos yang terlibat.

sebanyak 862 unit rumah mampu milik disediakan di bawah pelaksanaan skim berkenaan dengan 221 daripadanya sudah ditawarkan kepada pembeli sementara 641 lagi unit telah dikenalpasti

Kerajaan Selangor dah beli 134 unit kediaman di lokasi strategik untuk skim ini. Dan pada tahun ni pulak, kerajaan negeri sediakan RM100 juta (ini ada disebut dalam Belanjawan Selangor 2017) untuk luaskan lagi Skim Smart-Sewa.

   

Lokasi Skim Smart-Sewa:

  1. Pangsapuri Tun Teja 1, Alam Impian, Shah Alam (5 Unit-Telah disewakan).
  2. Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar, Klang (Kekosongan: 21 Unit, Kadar sewa RM600-RM650).
  3. Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam (Kekosongan: 37 Unit, Kadar sewa RM550).
  4. Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong (Kekosongan: 89 Unit, Kadar sewa RM550-RM650)
  5. Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang (50 Unit dibuka untuk pendaftaran)
  6. Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang (50 Unit dibuka untuk pendaftaran)
  7. Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang (11 Unit dibuka untuk pendaftaran)

Dengan adanya program ini diharap dapat membantu orang awam untuk membayar deposit untuk tujuan membeli rumah kediaman sendiri.

.

Macamana Smart Sewa kumpulkan 30%?

Jika  kadar RM650 sebulan untuk harga sewa di Pangsapuri Jalan Keretapi Lama, Kapar:

  • RM650 X 12 bulan (setahun) =
    • Kos bayar sewa setahun = RM7,800
  • RM7,800 X 5 tahun =
    • Jumlah bayaran sewa selama 5 tahun = RM39,000
  • RM39,000 X 30% =
    • RM11,700

 

Cukup ke 30% untuk beli rumah?

30% dari jumlah terkumpul yang dibayar untuk sewa bersamaan RM11,700 seperti kiraan diatas. Lepas tu korang cuba buka Mudah.my search rumah harga RM100K. Contoh seperti dibawah saya cek pada tarikh 4 Jan 2018 untuk rumah dikawasan Selangor > Shah Alam, Max value RM100K.

 

Smart sewa

Deposit rumah untuk Seksyen 25, Taman Sri Muda adalah seperti dibawah

  • Harga rumah : 100K
  • 10% Deposit = 10K
  • 90% Loan = 90K
  • Baki 11,700 – 10,000 = 1,700

Anda ada balance RM1,700 lagi untuk urusan lawyer dan agreement fee

Kalau korang rasa, baki tu tak cukup untuk cover duit agreement dimasa hadapan (selepas 5 tahun, harga kos naik), boleh cuba cari lagi below 100K. Contoh seperti dibawah, rumah harga 70K tu.

 

Smart sewa

.

Siapa yang layak mohon Smart Sewa?

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
  3. Pendapatan sesi keluarga kurang daripada RM5,000.00
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25km perjalanan.
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor

 

Tempoh Sewaan Smart Sewa

  1. Maksimum 5 tahun
  2. Minimum 2 tahun

 

Sebarang pertanyaan hubungi 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233
Muat turun borang permohonan di http://phssb.com/borang/
Atau boleh diambil di pejabat kami di
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

Kredit : Pexels /  SelangorTV / SelangorKINI / FreeMalaysiaToday / PHSSB / GilaHartanah

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

 

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *