[Video] 5 Tips Berurusan Dengan Ejen Hartanah

Share

EPISOD 001 – 5 Tips Berurusan Dengan Ejen Hartanah

Transkrip Penuh:

So hari ini saya nak kongsikan sikit 5 tips untuk berurusan dengan agen hartanah
So ramai yang bertanya tapi kadang kadang tu bila kita berurusan depan depan dengan agen
hartanah kita tak tahu macam mana tips yang terbaik untuk berurusan dengan agen
hartanah

Tips yang pertama saya nak kongsikan ialah amat penting sekali bagi kita untuk mintak
business card dia first sekali sebab dia ialah kita tengok dia ni betul ke agent kadang kadang
datang boleh siapa siapa saja pun boleh datang so bila kita mintak business card korang
tanya diaorang punya office dia di mana so pastikan alamat dah ada tapi untuk tahu lebih
lanjut la kemudian hari at least kita tahu dia ni company dia ni office dia kat mana senang
kita nak cari di kemudian hari

Tips yang kedua pulak tanya soalan soalan lazim sebagai contoh kalau korang nak jual rumah
ni tanya dekat dia market sekarang macam mana okay ke tak okay ke? and then tanya la
soalan soalan seperti harga per square feet sekarang berapa? untuk sewa ke untuk jual ke
dan kalau korang datang sebagai pembeli so why don’t korang tanya kat sini okay tak dia
punya facilities ke amenities ke kawasan surrounding senang ke nak dapat tempat makan
dan sebagainya tanyalah soalan soalan tu.

Tips ketiga jangan lupa eh korang kene tanya prosidur atau terma-terma jual beli ataupun sewa
ataupun menyewakan point ni sangat penting sebab kadang kadang bila kita nak beli rumah
prosuder dia berbeza dengan orang lain contohnya kadang kadang tu owner dia okay saja
kalau kamu letak 3% tapi ada yang nak 10% so kita kena tanya secara detail sekurang-
kurangnya kita tahu apa proses dan prosedur yang kita akan hadapi di kemudian hari tapi
kalau untuk sewa berapa deposit dia okay 2 bulan ke 1 bulan ke ada yang 2 puls 1 plus half
ada yang 2 plus 1 sahaja bergantung pada owner dan korang kene tanya soalan ni pada
agent

Tips Keempat korang kene tanya soalan soalan yang teknikal ni la peluang korang untuk tahu lebih lanjut
kadang-kadang tu kita terbaca di akhbar tapi kadang kadang tu kita tak tahu pun maksud
sebenar dan apa impaknya pada kita bila kita membeli hartanah sebagai contoh RPGT yang
baru diperkenalkan saya kira setahun lepas atau 2 tahun lepas yang bermaksud real
property gain tax sekiranya kita menjual property kita kurang daripada 5 tahun kita akan
dikenakan tax so soalan soalan seperti itu membuatkan anda lebih celik pasal hartanah

Tips Kelima okay tips yang paling last sekali tak lain tak bukan ialah first impression pada sayalah kita
sebenarnya berurusan dengan manusia so apa yang kita suka biasanya kita akan attract
pada orang yang kita suka jugak so sebagai contoh kalu kita ni seorang yang kemas teratur
bila kita Nampak agent yang datang tu agak serabai rambut panjang semestinya kita takkan
suka pada agent tu tapi lain hal pulak kalau ownernya jenis tak kesah jenis yang sempoi so
bila agent yang datang tu pun macam mana pun tapi kena dengan character dia takde
masalah so first impression sangat penting dan seeloknya sebenarnya pakai sekemas habis
la sebab kita nak jual harganya ratus ribu so lebih sesuai untuk cari yang lebih professional
okay itu saja tips daripada saya so tinggalkan komen subcribe dan like tu saja daripada saya
jumpa lagi .

Itu sahaja daripada saya affendi50 jumpa lagi.

 

Kredit : KAIO Studio / Transkrip : Sofiya / Amani

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

 

Affendi Real Estate on Social Media:
.
📷Instagram- https://instagram.com/malaysian_properties

🐦Twitter- https://twitter.com/affendi50

🌏Facebook- https://www.facebook.com/MYPropertiespage/

🎥YouTube- https://www.youtube.com/user/affendireapfield

For More! Subscribe: https://goo.gl/BfWQxH
http://bit.ly/1nLqpdJ

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *