Benda Yang Korang Boleh Mula Tahun Ni

Share

Setiap tahun mesti kita selalu pasang azam baru untuk dicapai untuk tahun tu. Kadang2 tu tak capai pun kan, tapi sekurangnya kita ada mulakan sesuatu yang bermakna. Bak kata pepatah, perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama

 

Buat mereka yang takde idea untuk mulakan apa pada tahun ni, apa kata korang baca idea yang aku sampaikan ni sampai habis

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ä F F E N Đ I x ŘEALÈSTATE (@malaysian_properties) on

1) Membaca Buku

Pickup buku kategori self help untuk anda pelajari benda baru tahun ni. Sebagai contoh anda mula nak buat Channel Youtube tahun 2020 ni, boleh cuba cari buku yang spesifik mengajar mengenai cara2 setup youtube channel.

App: Headway
Boleh download app ni secara percuma dan cari buku yang boleh mula dibaca

Set goal untuk baca 5 Min je sehari

 

2) Mula Invest

Selain daripada invest untuk pengetahuan, jgn dilupa untuk laburkan untuk kegunaan masa depan. Boleh mula rangka untuk invest sebahagian daripada gaji anda dulu. Mula dengan 5% dari jumlah gaji dulu, kemudian boleh naikkan ke 10% tahun depan.

Manatau duit cash tu boleh digunakan untuk deposit rumah dimasa hadapan =)

 

3) Mula Ke Seminar

Jangan segan silu untuk pergi ke seminar yang dianjurkan saban hari oleh sifu/coach/guru yang sudi berkongsi. Boleh cari seminar atau kelas yang percuma dulu. Kemudian bleh upgrade kepada yang berbayar pula.

Kadang2 kita bertanya, mana ada orang nak ajar free2 zaman ni, semua nak pandai sendiri je. Well, datang ke seminar, mula lah ber-network dengan manusia yang ada disana. NETWORK merupakan kemahiran yang mahal juga tahun 2020 ni

Mana nak cari? boleh ke facebook events cari lokasi seminar yang terdekat dengan anda

 

4) Mula Berniaga

Kalau berminat untuk cuba-cuba berniaga, aku rasa tahun ni korang boleh mulakan dengan jual barang orang dulu. Tak semestinya bila nak meniaga kena ada kedai, kena modal besar, kena ada produk sendiri dan kena buat loan.

4 benda yang aku nyatakan diatas merupakan ciri-ciri yang salah untuk mula meniaga. Dan aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Kerana kemahiran lain dalam berniaga memang tak boleh dipelajari kalau kita hanya bekerja di ofis sahaja.

 

5) Rangka Goal 5 Tahun Kedepan

Benda ni jarang kita buat walaupun kita biasa dengar. Tapi kalau kita ambil masa sebentar untuk fikirkan apa yang kita nak untuk tempoh masa 5 tahun kehadapan, sebenarnya ia lebih realistik untuk dicapai daripada kita nak capai dalam masa setahun segalanya.

Contoh; kita nak capai simpanan cash sebanyak RM100K yang boleh di access bila2 masa. Mungkin setahun susah nak capai, kenapa tidak untuk 5 tahun akan datang? Lebih mudah sikit nak capai.

 

6) Channel Youtube

Apa yang hot tahun lepas, mungkin akan terus hot tahun ni. Mungkin ada antara korang teringin juga nak buat Channel di Youtube.

Cuba lah dulu, mana tau ada rezeki disana, boleh dapatkan pendapatan tambahan dengan berkongsi sesuatu yang anda suka. Banyak juga boleh dipelajari untuk mengusahakan channel di youtube.

Sebagai contoh; kita kena konsisten upload video disana, baru channel kita mula berkembang.

 

7) Channel Podcast

Seperti Youtube, sekiranya anda punyai suara ala2 DJ radio, mungkin boleh cuba consider untuk mulakan podcast channel.

Kelebihan podcast, anda tak perlu hensem2 bersiap untuk bercakap seperti youtube. Sekurangnya, anda ada outlet untuk anda kongsikan apa anda belajar melalui poin1,2,3,4 dan 5 =)

 

8) Mula Blogging

Kalau korang tak suka bercakap, mungkin korang berbakat untuk menulis. Kongsikan pengalaman korang belajar sesuatu tahun 2020 ni. Pastikan ilmu yang dikongsi bermanfaat walaupun sehingga anda sudah tiada kemudian harinanti

 

Affendi
Mari jadi anak muda berwawasan

 

 

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *