Beza Bumilot vs Rezab Melayu? Ramai Tak Tau

Share

Ada apa dengan Lot Bumi vs Rezab Melayu?
Ramai orang tersalah sangka antara Rezab Melayu dengan Lot Bumi.

Tapi tahukan anda, istilah Lot Bumi ini hanya terpakai semasa pembelian rumah diantara pembeli dengan Pemaju sahaja.

Selepas Pembeli itu tadi menjual kepada Pembeli Yang Baru bagi pasaran subsale, istilah Lot Bumi ini tidak terpakai lagi.

 

Apa itu Lot Bumi?

Lot Bumi merupakan satu langkah atau polisi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera.

Apabila Pemaju melancarkan projek baru, kerajaan negeri akan menetapkan berapa kah kuota Bumiputera yang perlu ada dalam projek tersebut.

Contohnya bagi negeri Johor , 40% daripada jumlah keseluruhan sesuatu projek hendaklah memiliki status Lot Bumi. Sementara itu di Negeri Sembilan, Menteri Besar DS Muhamad Hasan telah menaikkan kuota daripada 30% mejadi kepada 50%.

Kadar diskaun bagi Lot Bumi adalah berbeza mengikut negeri. Di Lembah Klang diskaun bagi Lot Bumi biasanya adalah 7% bagi Selangor dan 5% bagi hartanah di Kuala Lumpur. Negeri tertinggi yang tawarkan diskaun ialah Johor iaitu sebanyak 15%.

 

lot bumi vs rizab melayu

 

Saya Bumiputera, tapi boleh tak nak beli Bukan Lot Bumi?

Boleh, apa salahnya. Tapi rugi la. Sebab diskaun ini hanya dinikmati bagi pasaran primer sahaja atau bahasa mudah hanya akan didapati dari pihak Pemaju.

Untuk subsale, kita tak tengok lagi Bumi Lot atau tidak.

Yang kita tengok ialah sama ada pada Title ada sekatan atau tidak untuk menjual hartanah tersebut pada bangsa lain. Kalau Freehold, mungkin tidak ada sekatan (kecuali di Putrajaya, Cyberjaya dan Sendayan dimana title Freehold tapi ada sekatan selema beberapa tahun). Kalau Leasehold, sah-sah la ada sekatan dan perlukan consent dari kerajaan negeri tersebih dahulu.

Pada saya ada baiknya beli terus lot bumi daripada membeli bukan lot bumi.

.

Apa itu Rezab Melayu?

Saya dengar beli Lot Bumi kalau nak jual hanya pada Bumi saja, betul ke?
Kurang tepat tu, yang betul ialah kalau beli hartanah dengan status Rezab Melayu.
Rezab Melayu adalah dimana status projek tersebut didirikan di atas tanah Rezab Melayu dan hanya boleh dibeli dan dijual pada orang Melayu sahaja.

Jangan kata sahabat kita berbangsa Cina dan India, malah sahabat kita dari Bumiputera Sabah Sarawak juga tidak boleh membeli unit tersebut. Rezab Melayu turut dikenali sebagai Geran Merah sebab gerannya yang berwarna merah.

Di Negeri Selangor, pembeli di sesetengah projek seperti di Salak Tinggi dan Labu Lanjut perlu hadir ke Pejabat SUK bagi proses temuduga untuk disahkan pembeli adalah Melayu.

Bagaimana dengan Mamak atau India Muslim? Mereka boleh beli Rezab Melayu tak, sebab maksud Melayu pada Perlembagaan Persekutuan Artikel 160(2) Melayu ialah Muslim, bercakap Melayu dan hidup ikut adat Melayu.

Di Johor ada suku kaum dikenali sebagai Malbari. Mereka ini ‘cukup sifat’ dan adab seperti Melayu namun dianggap sebagai India Muslim. Untuk anda yang tidak kenal, Malbari ni biasanya handsome macam ala-ala Hindustan juga. Tapi mereka akan sama-sama hidup dalam komuniti Melayu, dan pandai sesuaikan diri dalam majlis orang Melayu.

Bagi menjawab persoalan Mamak dan Malbari tu, biar la next time ya di posting akan datang. Cukup untuk hari ini agar tidak timbul lagi kekeliruan antara Lot Bumi dan Rezab Melayu.

 

Kebelakangan ni, aku selalu juga dapat pertanyaan dari India Muslim di Malaysia tentang isu pembelian hartanah ni. Diorang berminat dgn Bumi Lot dan Rezab Melayu,ada yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh. Jadi saya ada ulas sikit dalam video dibawah

 

Kredit : Zairul Izzain FB


HUBUNGI AFFENDI JIKA ANDA INGIN
DAPATKAN SERVIS SEWAAN & JUALAN
HARTANAH DI SELANGOR/KL

Whatsapp : 017. 2219. 546

TELEGRAM 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *