S: Boleh Tak Saya Nak Jual Hartanah Undercon ?

Share

3 Soalan yang biasa orang tanya Ejen untuk hartanah undercon

1. Tahun depan condo saya siap , boleh tak saya nak jual hartanah undercon saya?

Ada 2 benda yang kita kena pastikan dahulu

Pertama ; dapatkan kebenaran dari pemaju adakah proses jual beli boleh dilakukan sebelum siap.

Sebab?

Pemaju masih memegang geran MASTER. Secara umum, hartanah undercon tersebut belum ditukar ke nama individu. Macam2 pemaju perlu pertimbangkan mengikut perspektif mereka. Contohnya, jualan akan terganggu sekiranya project punyai unit yang tak habis jual. Ia akan menganggu market sedia ada sekiranya ada jika pemilik yang jual harga rendah. Sekiranya projek itu ada beberapa fasa, fasa berikutnya juga akan terganggu.
Kebiasaannya, pemaju takkan benarkan. Terutama pemaju yang besar

Kedua ;  Sekiranya rumah dibeli dengan pinjaman bank, akan dikenakan penalty disebabkan tebusan separuh / awal bergantung kepada progress binaan

 

2. Saya tak suka design original developer, saya nak renovate boleh?

Seperti biasa, dapatkan kebenaran dari developer dahulu. Kebiasaannya, tidak dibenarkan sebab dikhuatiri renovation yang bakal dibuat memberi kesan untuk dapatkan kelulusan “Vacant Possesion” oleh pihak berwajib.

 

3. Boleh tak nak mark up property undercon?

Tidak boleh. Ini kerana hartanah undercon dijual pada harga jualan semasa (market value). Mark-up hanya boleh berlaku apabila tuan rumah (pemaju) ingin menjual dibawah market value.

Hartanah undercon punyai rebate dan diskaun yang telah diberi pada awalnya, seperti “diskaun bumiputera” atau “10% rebate” atau “cash rebate”. Ini menyebabkan pemaju tidak benarkan anda mark-up lagi kerana telah memberi tawaran menarik dalam bentuk cash dan lain2.

 


Jika anda berminat nak melihat hartanah undercon boleh KLIK SINI

 

Kredit : Propertyguru / Lowyat / Etienne Girardet


HUBUNGI AFFENDI JIKA ANDA INGIN
DAPATKAN SERVIS SEWAAN & JUALAN
HARTANAH DI SELANGOR/KL

Whatsapp : 017. 2219. 546

TELEGRAM 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *