Kabinet Dapur Putih : Pros & Cons

Share

Bila korang nampak gambar kabinet dapur secara online di Media Sosial, mesti yang paling menarik perhatian ialah Kabinet Dapur Warna Putih, tapi betul ke kabinet dapur putih ni functional atau sekadar Hype sahaja?

Kalau korang tengah fikir2 untuk renovate kabinet dapur korang, boleh consider kabinet dapur putih sebab dia nampak elegan, dan warna putih ni kekal sepanjang zaman. Tapi nak maintain dapur putih macam ni orang kata sangat susah. Betul ke?

Dibawah kita akan consider beberapa kebaikan dan keburukan  kabinet dapur putih dan ingin jelaskan beberapa salah faham, dan masalah2 yang ada.

Putih Bercorak Lembut

.

Kabinet Dapur Putih : PROS

  1. Neutral dan Minimal

Kebaikan pertama untuk kabinet warna putih ialah, boleh jadikan base neutral untuk kabinet dapur yang besar. Seperti bahagian Pantri yang biasanya mengambil ruang penuh dinding. Jadi kalau kabinet warna putih, kabinet tu tak nampak sangat cover dinding.

 

2. Sepanjang zaman

Warna yang neutral dan minimal ini akan kekal dalam trend sepanjang zaman berbanding kabinet yang mengikut trend semasa, kerana trend hanya akan kekal lebih kurang 3-5 tahun sahaja. Lepas tu nanti korang pun nampak boring.

Bukan itu sahaja, ia juga mudah untuk dikenakan dengan tema bahagian lain rumah anda.  Dari moden ke tradisional. Dari warna warni ke neutral, semua pun mudah masuk.

 

3.Senang untuk di update

Yes, warna neutral seperti putih ni mudah untuk diupdate sikit2 dari segi aksesori. contohnya, tombol kabinet jika nk ditukarkan ke metal silver, atau warna2 terang seperti biru atau merah ke. Kalau korang nak buat POP color pun senang dengan warna putih ni. Senang nak keep up to date dengan bajet minima tanpa renovate keseluruhan Kabinet Dapur Putih korang

 

4. Nampak Cerah

Warna putih mewakili warna cahaya, jadi kabinet dapur putih juga akan memantulkan cahaya, sangat sesuai untuk kawasan dapur yang gelap. Ia juga membantu untuk nampak bahagian dapur yang kecil jadi besar, ni rules yang biasa kita dengar kan?

Warna POP

.

Kabinet Dapur Putih : CONS

  1. Nampak macam hospital

Walaupun ada sesetengah orang suka warna putih di kesuluruhan rumah, kalau disalah gaya akan menampakkan macam hospital atau klinik. Kadang2 tu orang akan judge macam rumah sewa, sebab biasanya rumah sewa orang akan cat putih, senang nak maintain. Jadi cara terbaik untuk tak nampak macam hospital atau rumah sewa ialah dengan tambah sedikit warna atau corak minimal di bahagian2 tertentu

 

2. Maintenance Tinggi

Kabinet Dapur putih pun memerlukan pembersihan yang konsisten. Warna putih sangat mudah untuk melekat warna2 yang kotor. Sebagai contoh kalau kopi tumpah, kena cuci atau lap cepat2 sebelum warna coklat melekat pada kabinet. Memandangkan orang Malaysia suka menggoreng, dinasihatkan untuk tidak menggunakan warna putih untuk table top Dapur Basah (Wet kitchen)

 

3. Warna Pudar

Kabinet Dapur Putih ni mudah juga jadi putih kuning kalau selalu sangat kena direct cahaya matahari. Kalau table top putih kotor, berminyak dan berhabuk pun, kena cepat2 lap supaya tak cepat pudar.

 

4.Harga Tinggi Untuk Kualiti Tinggi

Last skali, kalau korang sukakan atau nak consider kabinet warna putih, pastikan korang beli kabinet yang berkualiti tinggi. Bila kualitinya ok, lambatlah sikit pudar. Akan tetapi harganya pula akan sedikit mahal disebabkan kualiti yang bagus.

Terima kasih.

 

Kabinet Dapur Putih : Galeri Inspirasi



Kredit: DWELL

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *