Pandangan Terkini Pasaran Hartanah 2018

Share

Pada pertengahan November 2017, muncul 2 orang pakar menyatakan pandangan mereka mengenai hartanah 2018 akan jatuh teruk, seorang lagi pula menafikannya. Mengelirukan bukan?

Pada pendapat saya, 2-2 pun betul, sebab ;

  1. Dalam keadaan ekonomi lemah, bukan sahaja industri hartanah sahaja lemah, semua yang berkait-rapat dengan aset hartanah juga terkesan. Emosi prospek hartanah pun terganggu.
  2. Dalam keadaan ekonomi lemah, tidak bermakna permintaan untuk membeli atau menyewa rumah itu tiada. Prospek beralih kepada harga rumah atau harga sewa yang rendah.

Apa yang merisaukan, berita seperti ini mengelirukan pembeli rumah pertama atau mengurangkan minat dan motivasi untuk mereka membeli rumah kerana risaukan industri hartanah secara general.


Pendapat kedua kedua pakar tu tak penting pun. Sebab hartanah ni bukan komoditi yang semuanya akan jatuh harga. Kalau hartanah kat PJ naik, tak semestinya seluruh Selangor akan naik sekali kan? Hartanah di Bukit Beruntung akan kekal sendu dan dijual bawah harga pembelian sebelum tahun 1997. – Faizul Ridzuan


Bagaimana dengan Hartanah sepanjang 2017?

Pada 2016, berita tersebar mengenai bakal jatuhnya pasaran hartanah pada 2017. Jika ditanya dari perspektif seorang ejen, dari awal 2017 sehingga kini, beratus jualan berjaya melalui syarikat agensi hartanah seperti Reapfield Shah Alam.

Hartanah 2018

Lihat sahaja papan putih “Done Deal” bulan Oktober/November 2017, jumlah sebanyak 37 jualan dan 28 sewaan. Purata sehari 1 kes berlaku secara konsisten.

 

hartanah 2018

Pada awalnya saya berpendapat, bahawa hartanah yang mahal-mahal tidak dapat terjual dalam keadaan sekarang, tetapi, lihat sahaja Top Done Deal bulan Oktober 2017; Kilang bernilai RM21Juta, diikuti Banglo RM11 Juta dan Kilang Semi-d RM4.58 Juta terjual dengan jayanya.

Mungkin ada yang berpendapat, “hartanah mahal ni orang kaya boleh beli sebab mereka dah kaya”. Sepanjang 2017, lebih 10 rumah flat/apartmen kos rendah/sederhana berjaya terjual dibawah jagaan saya. Jadi, tuduhan itu tidak boleh digunapakai sama sekali.

Sehingga kini, bank telah approve 300K kes pinjaman (tidak termasuk cash buyer). Bermakna setiap bulan, 25K hartanah terjual, setiap hari 833, atau 1 jualan berjaya terjual setiap 2 minit.

Survey pembeli awam

Berikut ialah pecahan angka bagi pandangan pembeli secara asas berdasarkan survey yang dijalankan.

  1.  Adakah market hartanah akan bertambah buruk dalam tempoh 6 bulan akan datang?
    35.32% kata YA.
  2. Korang sedar tak semua ejen hartanah perlu memakai tag yang dikeluarkan oleh Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents (BOVAEA) apabila sedang berurusan dengan pelanggan?
    56.35% kata TIDAK SEDAR.
  3. Jika diberi peluang, hartanah jenis apa yang korang akan beli?
    78.41% utamakan hartanah landed.
  4. Pada pendapat kamu, berapa anggaran range harga yang sesuai untuk sebuah rumah?
    43.65% utamakan hartanah range of RM300,000 to RM500,000.

Kesimpulannya, industri hartanah aktif dan akan terus berkembang seperti biasa, cuma sebahagian sahaja yang akan terkesan terutama hartanah yang tidak menepati demand semasa.

Apa pula pendapat korang mengenai market hartanah dalam tempoh 6bulan akan datang?

Hartanah 2018 Hartanah 2018

 

Juga blog yang OK untuk dibaca : KLIK SINI

 

Kredit : Starproperty SurveyStarproperty / Freemalaysiatoday / Freemalaysiatoday

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *