Guna Flexi Parking kalau Kupon Parking MBSA Habis

Share

Haritu aku datang Shah Alam ada temujanji makan tengahari dengan pelanggan. Cari punya cari kupon parking tinggal satu je. Fuhh, cuba bayangkan perkara dibawah;

  1. Cuaca panas terik, anda berjalan cari kedai yang jual kupon. Skali dah habis.
  2. Pegawai MBSA dah mula keliling kawasan parking untuk cari kenderaan tanpa kupon.
  3. Anda pun “rushing” dah lambat pula untuk temujanji.
  4. Perjumpaan dengan pelanggan tak tentu lagi berapa lama. Mesti lebih dari sejam, tapi kupon tinggal sekeping je.
  5. Kalau kena kompaun, minimum RM10 (kalau bayar dalam tempoh 24 jam)

Padahal nak cari kupon macam dalam gambar ni je. Sebuku berharga RM10. tapi bila tanya di kedai pun ada yang dah habis.

Pening fikirkan perkara diatas?

flexi parking mbsa

5 Sebab kenapa korang kena download aplikasi Flexi Parking

  1. Jimat kertas
  2. Boleh tambah nilai bila-bila masa
  3. Meliputi lebih dari 1 kawasan bandaraya
  4. Notifikasi terus ke telefon bimbit
  5. Percuma

Mana nak download Flexi Parking app ni?

Boleh download percuma di Playstore (android) dan Appstore (ios)

 

Apa Langkah Seterusnya?

  1. Buka app, tekan “New User” untuk daftar
  2. Isi perincian yang perlu, tekan “Register”

flexi parking mbsa

 

3. Pilih “Majlis Perbandaran Shah Alam”

4. Topup Flexi Parking menggunakan Perbankan atas talian. Semua jenis bank online disediakan

flexi parking mbsa

 

5. Tekan untuk dibawa ke link perbankan online

6. Masukkan nombor plat kereta anda. Boleh daftar seberapa banyak nombor plat.

flexi parking mbsa

 

Mencari tapak parkir menjadi mudah dengan Flexi Parking. Tidak perlu kupon, tidak perlu gores, tidak perlu syiling. Hanya muat turun dan klik sahaja.

flexi parking mbsa

 

Kredit : FlexiParking / Sinar / Paultan /

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

6 thoughts on “Guna Flexi Parking kalau Kupon Parking MBSA Habis”

  1. Bila dah settle, bagaimana Kalau org majlis dtg nak tahu keta ni dah bayar ke belum? Sbb melalui handphome je kan? Ke perlu print r3eceipt ke apa?

    1. Sistem die centralize dengan MBSA. Saya pernah kebetulan bertanya dengan pegawai masa tu dekat2 dengan kereta saya, die checkkan dan memang dah tele

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *