Shah Alam Bandar Berhantu

Share

 

Shah Alam ni aku perasan popular betul dengan cerita hantu, tak cukup dengan cerita rumah banglo RM50 berhantu, ada pula akan datang ialah cerita bangunan-bangunan komersil Shah Alam akan berhantu. Hehe
.
Baca tajuk skali memang menakutkan betul 😆

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ä F F E N Đ I x ŘEALÈSTATE (@malaysian_properties) on

Poin yang dibawakan oleh Yahoo News dan Propertyguru ni hanya tertumpu di bangunan2 lama di Seksyen 14, Shah Alam seperti Plaza Peransang, Bangunan Umno, Menara Bank Rakyat.

Beberapa tahun lepas, semua yang menyewa di bangunan Plaza Peransang dikatakan diminta keluar kerana kerja2 membaikpulih dan renovasi bakal dijalankan. Akhirnya tiada apa2 berita

Dulu, sebagai hiburan, rajin juga aku ke Plaza Peransang kerana adanya Quality Hotel yang ada pusat karaoke.

Sekarang, masih juga selalu ke Plaza Peransang, walaupun Quality Hotel sudah lagi tiada. Memang kosong takde apa walaupun ada pejabat kerajaan yang masih beroperasi disana

Lembaga Hasil Dalam Negeri yang masih beroperasi seperti biasa di Plaza Peransang Seksyen 14

 

Suasana lobi di Plaza Peransang Seksyen 14 Shah Alam

Dan tak dinafikan, ia berpunca daripada penyelenggaraan yang kurang baik

Bangunan PKNS sebelah tu sekarang dah cantik setelah diberi nafas baru. Nampak fresh dan muda 😉

Kena la ingat, yang menghidupkan suasana mall ni biasanya #anakmuda. Untuk menarik minat pengungjung sepanjang generasi, kena slalu upgrade.

Dari jauh kelihatan bangunan PKNS menampilkan warna-warni yang lebih segar.

 

Susana di luar bangunan Plaza Peransang. Menampakkan bangunan SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam

Dilaporkan, tangungjawab penyelenggaraan itu diletak dibawah kerajaan negeri dan bukannya developer komersil swasta

Pembangunan kawasan tersebut akan lebih elok dari segi Infrastruktur seperti ruang pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan antara bangunan ke bangunan.

Salah satu contohnya seperti kawasan Sunway dan Mutiara Damansara yg kite lihat pembangunan berperingkat sehingga sekarang, ada fasiliti yang elok bagi pejalan kaki.

Apa boleh buat 🤷, bangunan dah lebih 30 tahun, kena la bagi nafas baru untuk menarik minat penyewa dan pengunjung.

Penyewa lama banyak dah berpindah ke bangunan2 baru di sekitar Shah Alam seperti Plaza Azalea, Menara TTDI Adina dll.

Masalah sama pun banyak berlaku di bangunan2 lama di KL. Ramai tenant lari ke bangunan baru dan lebih elok.

Di Bukit Bintang sendiri pun ada je bangunan terbiar. Btol2 depan McD. Dulunya, Maybank ada kat situ.

Kesimpulan, Shah Alam belum jadi bandar berhantu lagi, cuma tiada strategi jangka panjang untuk maintain bangunan2 sedia ada je. Kalau berhantu, aku pn lari weyh👻

Kredit : Pexels / Yahoo News

 

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *