Baru-baru ni Bank Negara Malaysia telah menggumumkan penurunan Overnight Policy Rate Malaysia. Aku telah share di Instagram bahawa atas sebab sebab penurunan ini, kita akan nampak banyak juga penurunan pada bayaran balik pinjaman.
View this post on Instagram
Ada juga anak muda bertanyakan mengenai “adakah Base Rate (BR) sama dengan Overnight Policy Rate (OPR) ?” Berikut adalah #info mudah faham, perbezaan terma RATE yg digunakan bank.
Q1: Apa itu BR?
A: Base Rate. Rate yg digunakan bank selepas 2 Jan 2015 utk pinjamkan duit pada customer.
Q2: Apa itu BLR?
A: Base Lending Rate. Rate yg digunakan bank sebelum 2 Jan 2015 utk pinjamkan duit pada customer.
Q3: Apa efek pertukaran BLR ke BR pd customer?
A: Takde atau impak Minimal. Malahan lebih clear margin keuntungan yg diambil oleh bank melalui ELR. (Question 9)
Q4: Apa itu Overnight Policy Rate Malaysia?
A: Overnight Policy Rate. Rate yg digunakan BNM utk pinjamkan duit ke bank2 lain.
Tonton video penerangan pendek aku mengenai OPR dan kaitannya dengan BNM
Q5: BR ni sama ke dgn OPR?
A: Tak sama. Tapi biasanya BR bertindak balas bila OPR turun dan naik.
Sebagai rujukan mudah, boleh refer gambar
Kredit : Razzaaq Ajaq/BNM
*Rate BR yg digunakan Razzaaq Ajaq sama dgn OPR, jgn keliru. BR tak semestinya sama dgn OPR.
Q6: Adakah BR sama untuk setiap bank?
A: Tak sama. Setiap BR bank berbeza dan ditentukan kepda penanda aras kos dana dan aset cair bank tersebut. Secara general, bank yang kecil sukar nak bersaing dgn rate bank besar.
Q7: Adakah Interest untuk setiap pelanggan sama?
A: Tak sama. Bergantung kepada latar belakang dan risiko kredit peminjam.
Contoh: Credit Rating tak baik menyebabkan peminjam byr interest tinggi. Mgkin pernah ada NPL untuk pinjaman lain.
Q8: NPL tu apa pula?
A: Non-Performing Loan. Kalau korang tak buat bayaran balik pinjaman pada bank lebih 90 hari.
Q9: Apa itu ELR?
A: Effective Lending Rate. Rate akhir yg patut korang bandingkan antara bank. Kadang2 diorang pakai terms “Interest Rate”, “Rate” dll.
Q10: Dimana nak tengok ELR ni?
A: Cari kt website Ringgitplus, Loanstreet, iMoney
https://ringgitplus.com/en/home-loan
https://www.imoney.my/home-loan
https://loanstreet.com.my/home-loan
Belajar sesuatu? Share kalau bermanfaat ♥️
TQ, Affendi
HUBUNGI AFFENDI JIKA ANDA INGIN
DAPATKAN SERVIS SEWAAN & JUALAN
HARTANAH DI SELANGOR/KL
Whatsapp : 017. 2219. 546