5 Habit Harian Orang yang Ultra Berjaya

Share

Sewaktu awal penglibatan aku dalam dunia bisnes, aku terkejut apabila terjumpa bos-bos yang sudah berada dikawasan ofis seawal 6.30-7.00AM. Mereka akan breakfast sesama mereka (bos-bos) dan masuk ke ofis jam 7.30AM. Ini adalah lumrah bagi mereka kerana mereka tidak suka mengadap jem dan banyak lagi perkara lain yang lebih penting boleh dilakukan. Pemikiran bos rileks2 dan masuk ofis lambat tu memang meleset sama sekali.

Berikut adalah 5 Habit Orang yang Ultra Berjaya;

 

1. Bangun awal

Orang berjaya sememangnya bangun awal, jarang kita dengar orang yang berjaya bangun di tengahari. Ini bermakna mereka juga tidur awal. Bila bangun awal mudah untuk kita atur aktiviti seharian.

“Early bird, catches worm”

Perumpamaan sekiranya kita mahu rezeki yang banyak, bangun lah awal pagi. Burung juga pulang ke sarang awal berehat untuk meneruskan aktiviti yang berkualiti keesokan hari.

Kalau rasa susah nak bangun, korang beli Jam Loceng yang “super annoying” dan letak jauh-jauh dari katil. Ini memaksa korang bangun untuk tutup jam tu bila berbunyi. Kalau korang letak sebelah katil, sah korang akan tekan button “snooz” saje.

Korang boleh cuba App seperti ” Alarmy “; merupakan Alarm clock paling annoying didunia menurut Cnet, Gizmodo dan Huffington post. Setakat ni membantu juga, sebab korang boleh set untuk selesaikan masalah matematik sebelum boleh tutup alarm tu. Kahkah

Alarmy

https://play.google.com/store/apps/details?id=droom.sleepIfUCan

 

2. Baca

Membaca dengan banyak. Segala apa yang kita baca akan membantu otak menyerap sedikit demi sedikit infomasi. Dan kita takkan tahu bila infomasi ini dapat membantu kita.

Lagi banyak ilmu yang kita dapat melalui bacaan, lagi mudah untuk kita hadapi cabaran kehidupan di masa hadapan. Selain itu juga, semakin banyak kita membaca semakin luas penggunaan tatabahasa yang kita dapat pelajari. Sekiranya kita rajin membaca dalam bahasa inggeris, lagi banyak perkataan baru yang kita belajar. Grammar pun semakin elok, terus kita boleh gunakan dalam percakapan seharian.

Berbicara dengan penggunaan bahasa yang betul merupakan aset utama dalam apa juga profession, lagi-lagi kerja sebagai ejen hartanah yang sentiasa berjumpa dengan orang.

Manalah tahu ada rezeki bertemu dengan seorang yang Hebat dan Professional seperti Siti Nurhaliza atau Khairy Jamaluddin atau entrepreneur seperti Elon Musk. Cuba bayangkan saat kita bertembung dgn mereka 1-to-1 selama 30 minit, agak2 apa yang kita akan sembangkan?

Tanpa ilmu yang betul, mungkin kita kurang berani nak berdepan dengan mereka walaupun sekadar bersembang santai.

Apabila membaca, kita juga memaksa otak untuk ingat pelbagai karektor, plot dan sub-plot dalam sesebuah penceritaan. Banyak yang perlu diingat, otak kita mampu untuk melakukannya dan secara tak langsung mengembangkan “horizon pemikiran”.

.

3. Utamakan Kesihatan

Pemakanan yang betul dan juga bersenam adalah untuk kesihatan fizikal, mental dan emosional yang stabil. Badan kita umpama hardware, manakala mental & emosi adalah umpama software. Sekiranya kedua duanya dalam keadaan optimum, kita akan dapat Smartphone terbaik didunia, atau seorang manusia yang terbaik, Insyallah.

Aktiviti bersenam itu sendiri dapat merembeskan endorfin dimana akan menyebabkan kita rasa seronok dan best walaupun dalam tempoh sejam kemudian badan kita mula rasa sengal2 dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.

Di peringkat awal, habit untuk beraktiviti fizikal sangatlah susah untuk dididik kerana otak kita yang menghalang. Itu memang tugasan otak, untuk menyelamatkan diri sekiranya ingin melakukan aktiviti merbahaya atau memenatkan.

Dengan sedikit pengorbanan, kita akan lebih happy kemudian hari.

Jaga Kesihatan orang berjaya 0172219546

.

4. Fokus

Jangan terganggu secara berlebihan dengan kejayaan orang lain. Ya betul, cerita kesusahan yang dialami, apa yang perlu dan tidak perlu dibuat memang menginspirasikan. Tetapi disaat kita bandingkan proses kejayaan mereka dengan kita sebelah2, kita akan mula rasa stress, iri hati dan tidak layak untuk jadi seperti mereka.

Secara asas, kita akan gunakan kejayaan orang lain untuk membantu ukur kejayaan kita. Tanpa disedari, telah banyak kita capai. Cuba bandingkan kita 6 bulan atau setahun yang lepas, mungkin lebih/banyak elok.

Jadi seeloknya, kita kena sedar sekiranya kita mula stress, iri hati atau rasa tidak layak, cepat-cepatlah alihkan tenaga kearah yang lebih bermanfaat.

Setiap jalan kejayaan seseorang itu unik dan tidak akan sama. Jadi, orang yang berjaya akan melabur pada diri mereka sendiri dan fokus untuk perbaiki kelemahan diri umpama kuda yang ditutup matanya, hanya garisan penamat adalah pengakhirannya.

 

5. Buat yang Terbaik sampai Berjaya

Sentiasa ingat bahawa masa kita adalah suntuk. Perasan atau tidak, sedar2 aje umur kita dah meningkat setahun, sedar2 aje, kita dah habis sekolah, dah habis belajar dan bekerja. Orang yang Ultra berjaya bekerja umpama harini hari akhir.

Berikutan dari itu, kita kan lakukan segalanya-galanya dengan baik kerana kita umpamakan hari-hari adalah hari terakhir kita didunia. Bekerja keras siang malam untuk anda tinggalkan legasi dimana anda adalah seorang legenda.

Kita tiada masa untuk merenung masa hitam yang lalu. Perbaiki kelemahan, 1 pengajaran dalam 1 masa, hari demi hari. Orang yang berjaya pandang kehadapan, jalan terus untuk hadapi cabaran.

5 Habit orang berjaya 0172219546

Jadi, gunakan 5 poin diatas untuk kita lebih mengenali orang yang berjaya agar kita juga dapat “apply” dalam kehidupan harian dan menuju kearah kejayaan.

.

Sumber lain:

Daily Habits Of Successful People: It’s All About Routine

5 Daily Habits Of Highly Successful People

Youtube – 5 Powerful Habits of Successful People

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *