5 Barang Klasik Untuk Dekorasi Hari Raya [Video]

Share

Dalam pos kali ni, aku kongsikan benda klasik yang korang wajib ada untuk dekorasi rumah di hari raya.

Semakin dekat dengan Hari Raya semakin rancak korang dengan shopping barang2 / bahan2 persiapan raya. Paling meriah kaum perempuan lah, diorang akan fikir baju apa nak pakai dari raya pertama sampai ke raya ke-30. Selain dari itu juadah di hari raya juga difikir-fikirkan, begitu juga persiapan dekorasi rumah untuk menyambut kedatangan tetamu di Hari Raya.

Kalau korang nak layan video version, korang boleh klik dibawah ni:

Video

 

Jadi, berikut ialah bahan dekorasi yang dikira klasik di Malaysia. Kerana dari dahulu sehingga kini, benda2 ni confirm kena ada untuk dekorasi rumah korang bagi nampak MERIAH dan bersedia untuk beraya.

 

  1. Ketupat

deko hari raya

Ketupat nasi impit ni memang makanan yang biasa korang jumpa masa raya, disediakan dengan kuah kacang. Tapi kita bukan nak cerita makanan, kita nak cerita pasal hiasan/dekorasi. Ketupat ni korang boleh anyam guna riben dan gantung sabagai hiasan.

 

  1. Kad Hari Raya

deko hari raya

Zaman moden sekarang, ramai dikalangan kite “Go Green” dan “Paperless”. Jadi generasi kini dah kurang hantar kad raya kepada individu, kawan2 dan sedara mara. Ada pun mungkin di dunia Koprat untuk jalinan bisnes sesame syarikat dan lain2. Kad raya ni masih banyak boleh didapati di kedai buku

.

  1. Lampu Kelap-Kelip

deko hari raya

Juga dikenali dengan nama lampu liplap. Yes, lampu warna-warni menjadi kelaziman untuk menunjukkan kemeriahan sambutan perayaan rumah korang. Jangan lupa letak lampu liplap ni bukan sekadar diluar rumah, malahan didalam rumah pun OK.

 

  1. Pelita

Haa, pelita ni biasa dikaitkan dgn malam 7 lekur dimana 10 malam terakhir bulan Ramadhan sebelum Raya, kita akan memasang pelita keliling rumah bertujuan untuk mencahayakan kawasan sekitar rumah. Pastikan korang ada beli pelita ni untuk dijadikan hiasan raya anda.

 

  1. Sampul Duit Raya

 

deko hari raya

Sampul duit raya biasa diisi untuk diberikan kepada anak2 kecil sedara mara anda. Kalau ada yang dapat lebih Free tu boleh lah guna untuk hiasan. Biasanya sampul duit raya ni datang dengan pelbagai warna, sesuai diguna untuk hiasan raya.

 

 

Infografik 5 Barang Wajib Dekorasi Hari Raya

Dekorasi Hari Raya

 

 

Kredit : sampul.my / fatetofatal / ombink / nagamasprinting / Rahat Hasan / Unsplash


HUBUNGI AFFENDI JIKA ANDA INGIN
DAPATKAN SERVIS SEWAAN & JUALAN
HARTANAH DI SELANGOR/KL

Whatsapp : 017. 2219. 546

TELEGRAM 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *