Barang IKEA Semua Mahal, Betul Ke?

Share

Sebelum ni aku ada buat blog post bertajuk “10 Barangan IKEA yang Sesuai untuk Pasangan Baru” di mana aku list kan 10 barang ikea yang sesuai dibeli untuk pasangan yang baru kahwin.

Kenapa pilih barang IKEA? Salah satu sebabnya, IKEA sendiri memberi satu value yang takde pada kedai perabot lain.

Korang tengah serabut2 nak fikir pasal majlis kahwin korang bulan Disember, hantaran, dewan, baju sanding dan nikah, fotografer / videografer lagi. Dalam masa sama nak cari rumah dan pindah lepas kahwin nanti. Nak kena fikir juga perabot2 dalam rumah kan?

via GIPHY

 

Jadi, kebanyakan remaja generasi kini lebih selesa ke IKEA. Ada aircond, sejuk dan selesa, boleh pegang2 dan tengok2 di showhouse. Dalam masa sama harga juga kira berpatutan dengan value yang diberi.

Jika kita ada masa dan kelapangan lebih lagi, apa salahnya buat research dan cari pada kedai2 perabot yang boleh menawarkan harga kilang yg lagi murah.

Sebagai contoh seperti yang dikongsikan bro Naim Azhar yang viral melalui twitter. Semua design karpet yang dibeli beliau lebih kurang RM 100 satu. Bermaksud, korang boleh dapatkan karpet design sama macam IKEA dengan harga kurang 50-60%.

Lokasi boleh dapat di Prima Carpet, Nilai 3. KLIK SINI

Bagi perspektif “Pengurusan Kewangan”, beli yang murah dan berkualiti adalah langkah terbaik. Bagi perspektif “Entrepreneur”, ambil lah peluang perniagaan jual beli ni. Aku percaya, orang yang duduk Perlis atau Pahang sana pun mesti nak beli. Boleh sediakan servis jual beli murah dan hantar kesana, idea jer.

Berikut disediakan perbezaan harga IKEA bergambar, rujukan dari website IKEA Malaysia;
.

1. HAMPEN – RM149

.

2. HOVSLUND – RM299

.

3. LUDDE – RM249

.

4. LAPPLJUNG RUTA – RM 299

RM 149 + RM 299 + RM 249 + RM 299 = Total kalau korang beli original kat IKEA lebih kurang RM996, nak dekat seribu untuk karpet sahaja woi. Kalau korang spend dekat Prima Carpet total lebih kurang RM400 untuk 4-4 karpet.

OK lah kan untuk korang pijak-pijak jer.

Lebihan duit tu boleh buat deposit rumah ke atau perbelanjaan lain yang perlu.

 

.

Gallery


Moga posting ni bermanfaat. Korang ada kedai2 perabot dimana boleh dapat barang ala2 IKEA mur-mur? Kongsikan

Kredit : Naim Azhar / IKEA Malaysia

HUBUNGI AFFENDI UNTUK
DAPATKAN SERVIS HARTANAH
SEWAAN & JUALAN

Whatsapp : 017. 2219. 546

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *