Corona Covid 19 : 5 Benda Korang Boleh Buat Dirumah

Share

Pada 16 Mac 2020, pandermik Corona Covid 19 virus semakin membimbangkan di Malaysia. Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin telah mengumumkan Perintah Berkurung Negara. Langkah ni bagi mengelakkan wabak terus merebak dengan serius. Setakat  blog ni ditulis, Malaysia mencatat sebanyak 428 kes.

What?!!

Berkurung?

Tak boleh nak keluar bekerja?

Tak boleh nak jumpa client?

Tak boleh nak 1-to-1 session dengan client?

KLIK SINI jika berminat untuk register sesi 1 to 1.

Baru kita sedar, bahawa kita ni makhluk yang suka bersosial secara fizikal

 

Sebelum tu aku selamber je menegeteh dengan rakan ejen hartanah dan ada viewing client nak tengok kedai di Alami Seksyen 13. Dan aku rasa macam takde pape sambil2 keep update pasal isu semasa.

Di China, Italy dan beberapa negara Eropah lain dah diperintahkan “Lockdown” sementara aku di Malaysia masih lagi bekerja seperti biasa. Sehingga malam 16 Mac baru sedar Corona Covid 19 ni betul2 series

Well, aku pun berfikir apa aku nak buat duduk dirumah dari 18-31hb Mac 2020 ni. Bersamaan 14 hari 2 Minggu jugak tu.

Kat sini aku sekadar nak share tips apa yang kita boleh buat sewaktu kita stay kat rumah:

 

1. Bersihkan dan cantikkan rumah

Aha, kalau korang tak sempat nak berkemas akhir tahun bulan Disember haritu, ini masa terbaik korang lancarkan “spring cleaning” bersama ahli keluarga atau rakan serumah yang lain. Macam2 korang boleh selesaikan selama 2 minggu ni.

 

Kat sini aku bagi 14 idea berkemas yang korang boleh buat sekali sehari, spend masa 1-2 jam je sehari.

  1. Kemas dan susun semula bilik tidur
  2. Kemas dan bersihkan almari
  3. Dermakan baju2 dan mainan yang tidak lagi digunakan
  4. Buang makanan yang telah expired dalam fridge korang
  5. Susun semula pinggan, mangkuk, tupperware dan kuali
  6. Buang kasut2 lama dan tak guna di almari kasut
  7. Uninstall app yang dah tak guna dalam fon

Lepas seminggu, jangan lupa untuk celebrate kejayaan korang mengemas selepas seminggu

8. Kemas dan Bersihkan bilik air dan bilik mandi korang
9. Buang benda2 yang tak perlu dalam dompet (biasanya resit)
10. Buang dan dermakan buku2 lama dan tak digunakan
11. Delete email dalam inbox korang, unsubscribe mana yang tak perlu
12. Potong rumput dan bersihkan kawasan luar rumah.
13. Cuci dan bersihkan kereta
14. Bersihkan ruang harddisk dalam PC/laptop

Yeay!

Semestinya lepas 2 minggu, otak korang lebih ringan. Secara psikologi, manusia akan lebih lega bila semua barang yang kita tak perlu, kita lepaskan.

Konsep yang diajar oleh minimalist.com, kalau benda tu kita tak guna selama setahun, evaluate semula samaada benda tu mendatangkan manfaat dan buat kita happy atau tidak. Jika ya kita simpan lah. Jika tidak, boleh je kita dermakan atau kita letak sahaja dalam bakul atau kotak untuk dijual.

 

2. Kerja Dari Rumah dengan Betul

Bagi mereka yang rutin kerja harian boleh kerja dari rumah, maka perintah berkurung disebabkan Corona Covid 19 kali ni tiada effect sangat buat korang. Tapi untuk mereka yang pertama kali merasa kerja dari rumah ni (kalau company korang beroperasi), aku percaya korang mesti culture shock sikit lah.

Aku pernah ada experience waktu kerja di Cyberjaya dulu sebagai IT Engineer. Dibenarkan tak masuk ofis, janji aku online guna chat app company dan gunakan email untuk sebarang komunikasi. Aku dah pernah lalui pengalaman culture shock, dan aku nak share macamana cara terbaik untuk bekerja dari rumah dengan betul.

Set dalam minda korang, kerja dari rumah bukan lah enjoy sangat sebenarnya. Jangan bayang boleh bangun lambat, buat kerja atas sofa. Boring2 nanti boleh tengok TV, ambil snek dan buat kerja sambil makan.

Jangan harap!

Terus terang aku kata, tak sama langsung weyh.

Kalau korang stay dengan parents, mesti sambil korang buat kerja mak ayah korang nak bersembang dan ajak borak. Tak kurang family korang yang ada dekat rumah tengok korang ada kat rumah, mesti huru-hara.

Macamana dengan kerja korang? Bila nak fokus siapkan? Bila nak selesai kalau asyik kena kacau je?

Bukanlah aku kata tak boleh spend time dengan keluarga. Tapi korang kena displin untuk atur bila waktu bekerja, waktu bersama keluarga dirumah, waktu makan dan minum.

Well, cara terbaik ialah korang sediakan workstation untuk korang buat kerja. Ini masanya prepare ofis khas dirumah korang. Banyak gambar2 inspirasi yang korang boleh guna untuk setup home office korang

Seeloknya pada waktu pagi, bangun sperti hari bekerja biasa dan pakai pakaian bersiap untuk bekerja. Mungkin boleh pakai kasual sahaja. Set masuk kerja seperti hari biasa, contohnya 8AM-5PM.

Mood bekerja akan lebih baik.

 

3. Jangan Lupa Bersenam

Kalau diikutkan, kerja aku sebagai ejen hartanah ni selalu perlukan aktiviti fizikal seperti;

Inspection rumah,

Bawa klien tengok rumah,

Pergi setem dokumen,

Hantar dokumen,

Sesi 1-to-1 untuk bakal pembeli.

Aku rekodkan secara purata aku berjalan sejauh 3KM sehari bila melakukan kerja2 hakiki ejen hartanah. Tapi atas sebab perintah berkurung negara disebabkan Corona Covid 19 ni, badan aku bakal terkejut dengan perubahan ni.

Kemungkinan korang pun akan hadapi benda sama, disebabkan cuti selama 2 minggu. Korang duduk rumah, makan makanan di rumah. Banyak makan, kurang bersenam, jadi mok mok sempena Corona Covid 19 . Hehe.

Tapi sebenarnya korang boleh je buat dirumah, semuanya bermula di minda kita. Kita nak, sure kita dapat lakukan senaman tu.

Sini aku bagi contoh praktikal yang korang boleh terus buat dirumah;

  1. Buka youtube
  2. Search tarian Zumba bersama lagu kegemaran korang
  3. Masukkan dalam playlist, set mainan 30 minit
  4. Pasang pada speaker
  5. Apa lagi, menari laa

OK tak?

Itu baru satu contoh. Kalau korang tak suka menari, untuk lelaki korang boleh search senaman Tabata. Tabata merupakan High Intensity Interval Training (HIT). Kebaikannya ialah, korang tak perlukan apa-apa peralatan sukan mahal pun.

Antara senaman lain yang korang boleh cuba ialah;

1. Regangan otot,
2. Yoga,
3. Senaman kekuatan seperti, push up, heads up dan lain-lain
4. Berlari setempat secara interval

 

4. Plan untuk berhibur

OK gais, masa kerja, kita kerja. Masa berhibur, kita berhibur.

Kalau waktu bekerja biasa, hiburan aku ialah sukan bola keranjang. Tapi sekarang NBA dan Liga Asia ABL pun dah ditunda. So, habis bosan tiada hiburan

Korang kena rancang juga waktu korang berhibur, sebab kita ni manusia biasa. Mesti bosan juga duduk seharian dirumah tanpa melakukan apa2 yang menaikkan mood korang kan?

 

Aku cadang korang subscribe pada netflix, dan tengok siri TV kegemaran korang. Kalau macam aku, aku suka tengok Siri TV ber-genre komedi seperti Bigbang Theory.

Kali terakhir sekali aku tengok ialah pada musim ke-6. Jadi untuk tempoh 2 minggu ni aku boleh sambung tengok siri TV ni untuk musim ke-7

Antara aktiviti berhibur lain yang aku boleh cadangkan ialah;

  1. Berkaraoke guna bluetooth microphone atau korang boleh download aplikasi smule
  2. Main permainan kad
  3. Main permainan papan (Board game)
  4. Main congkak atau batu seremban
  5. Baling bola pingpong dalam cawan

Aku rasa, anak muda milenials lebih suka nak mengadap skrin untuk berhibur, contohnya stream main game. Takpe, ikut lah kesesuaian korang, janji enjoy!

 

5. Jangan Terlampau Menyendiri

Perintah Berkurung Negara bukanlah bermakna korang tak boleh bercakap dengan sesiapa dalam tempoh tu. Ini bukan masanya tiba2 korang nak jadi introvert.

Kalau baru jumpa orang tu, pastikan ada social distancing. Kalau nak salam tu, salam je lah. Lepas tu, jangan lah lupa cuci tangan pakai sabun atau pakai hand sanitizer.

Kalau korang tinggal jauh dari keluarga, boleh je video call dengan diorang setiap hari bersembang seperti biasa.

Jangan dilupa Kawan2, Boyfriend, Girlfriend, Skandal, Ex. Ini lah masanya korang nak catch up cerita lama telah tertinggal. Haha

Kalau korang ada follower di Media Sosial, why not korang cadang buat LIVE video session sembang2 disana. Sediakan lah satu topik yang korang boleh relate dengan industri korang.

Contoh topik sembang;

  1. Apa yang korang buat sewaktu bercuti Corona Covid 19?
  2. Bagaimana Corona Covid 19 mengubah hidup korang?
  3. Cara korang mencegah Corona Covid 19?
  4. Apa pegalaman korang bekerja dari rumah?
  5. Benda baru yang korang belajar sewaktu Corona Covid 19?

Ok kan topik2 nya?

Kalau aku rajin, aku sendiri boleh atur sesi LIVE ni, tapi follower aku tak ramai sangat la.

So, jangan lupa follow aku di FB dan IG okeh? dan itu sahaja daripada aku dalam post kali ni hehe

Stay safe!

Semoga kita bersabar menghadapi ujian ni,

Affendi

 

Kredit: Photo by Li SunEugene Capon / Hassan OUAJBIR from PexelsNikolay TarashchenkoThe Honest Company on Unsplash


HUBUNGI AFFENDI JIKA ANDA INGIN
DAPATKAN SERVIS SEWAAN & JUALAN
HARTANAH DI SELANGOR/KL

Whatsapp : 017. 2219. 546

TELEGRAM 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *