Best Ke Kerjaya Sebagai Ejen Hartanah? [Video]

Share

Selalu aku dapat soalan2 macam ni bila berjumpa rakan2 atau kenalan ataupun saudara-mara

  1. Best Ke Kerjaya Sebagai Ejen Hartanah?
  2. Ok tak?
  3. Senang ke nak jual rumah?
  4. Ada basic salary?
  5. Ada Punchcard?

Hehe… oleh sebab rakan-rakan tunjukkan minat mengenali kerjaya ini, apa salahnya aku buat sikit video untuk tatapan korang.

Berikut ialah 5 perkara yang korang kena tau pasal ejen property.
Sesuai untuk mereka yang ingin mengenali lebih dekat profession sebagai ejen hartanah.

Video:

Transkrip:

Oh hai okay, dalam video saya kali ini saya akan explain kenapa jadi ejen hartanah ini tak best? Eh?

Assalamualaikum, salam sejahtera . Sekarang ini kita tepat pukul 6 petang. So hari ini kembali dengan live video terbaru saya. Kebelakangan ini saya banyak dapat soalan daripada kawan-kawan terutamanya dia tanya saya macam ye Fendi okay tak jadi ejen hartanah? Macam mana dia punya cara kerja, macam mana dia punya apa kita panggil ada punch card ke? And then commission base macam mana senang tak nak dapat sale dan sebangainya. Pada saya semua positif la semua boleh buat.

Kalau you okay, you bagus you ikut structure yang diberi oleh company mesti Insyaallah boleh buat. Kalau daripada segi waktu, masa memang flexible sangat-sangat you boleh arrange masa you sendiri terutama isnin sampai jumaat you boleh pergi buat kerja-kerja maybe you kena pergi TNB ke you nak bayar bil ke kerja-kerja macam itu semua boleh office hour buat tapi ada benda yang let say kalau kawan-kawan saya ini tengok video ini dia berminat atau follower-follower saya ini berminat nak menjadi agen hartanah dia berminat untuk consider agen hartanah sebagai kerjaya dia. So saya just nak explain beberapa benda yang you kena consider, I meant you kena ambil tahu dahulu macam mana kerja ejen hartanah ini sebenarnya. Okay so saya ada lima benda macam biasa saya suka angka 5. So saya sediakan lima benda yang korang kena tahu sebelum you decide nak jadi ejen hartanah ataupun you decide untuk consider untuk jadi ejen hartanah.

 

#1 Bukanlah Karier Pilihan Utama

Yang pertama. You kena faham ejen hartanah ini ejen hartanah seperti saya ini sebenarnya bukanlah karier pilihan okay majority bukan karier pilihan.

Kalau saya sendiri dekat ofis saya ini, ramai-ramai ejen kita datang dari background yang berbeza ada yang banker, ada yang engineer, ada yang lawyer, ada yang pernah buat sale unit trust dan sebagainya.

Macam saya sendiri saya pernah involve dengan engineering, IT (Information Technology) di Cyberjaya lepas itu saya pernah involve dengan Unit Trust, saya pernah involve dengan Insurance sekejap lepas itu saya baru sampai ke menjadi ejen hartanah.

Bukan karier pilihan ni, kebiasanya orang yang nak jump ini biasanya daripada karier yang sebelum ini dia mesti dah menjadi karier kedua ataupun karier ketiga.

Tak pernah lagi saya dengar daripada habis diploma ke degree dia terus menjadi ejen hartanah. Sekarang mungkin, sebab sekarang dah ada program diploma ataupun degree di UITM yang saya biasa dengarlah.

Tapi daripada dulu biasanya kerjaya ini dia datang daripada background yang berbeza. Biasanya dia mesti daripada lawyer ke lepastu dia kerja lain tak jadi dia pernah cuba business ni tak jadi lepastu dia nak try hartanah.

So biasanya dia bukan karier pilihan dia antara karier yang paling last lah lepas yang kedua, ketiga ini try yang paling last la ni nak jadi ejen hartanah. Anda boleh buat duit ataupun tidak. So, itu yang you kena faham. Okay itu point nombor satu.

 

#2 Dapatkan Bimbingan

Kalau korang bercadang nak jadi ejen hartanah, korang kena jaga seperti ia sebuah bisnes. Kalau korang tak pernah buat bisnes yang menwarkan servis, pastikan korang kena ada cikgu, tok guru, coach.

Paling kurang pun, kena ada team leader yang nak monitor you hari-hari daripada mula you join first day sampai mungkin setahun pertama ataupun mungkin dua tahun pertama untuk bimbing perkembangan.

Kena ada cikgu, kena ada tok guru. Tak boleh masuk-masuk je you boleh buat ikut suka hati you apa you nak. Biasanya kalau macam itu saya boleh jamin you kurang berjaya. Mungkin ada yang boleh berjaya kalau dia ada point nombor lima nanti dia menerangkan dia dah ada experience somewhere you masuk mungkin you boleh berjaya tak payah ada cikgu pun tak apa.

 

#3 Motivasi Diri

So point yang ketiga daripada saya ialah self motivated, self-taught dan juga life long learning. Ini maksudnya ialah sebab bila you buat business biasanya you mesti dengar orang kata it’s a lonely road you akan bila you ada apa-apa masalah ke kebiasanya you akan sorang-sorang jelah. You kena deal dengan emotion you dan sebagainya so you kena ada self motivation sendiri. Let say kalau you terlanggar dinding esok you terjatuh okay takpe you balik tidur , so you bangun pagi you dah kena ada motivation sendiri untuk bangkit daripada apa juga obstacle yang you dah lalui. So nak tak nak you kena ada some motivation and then some self talk. Self-taught ni maksudnya you kena ada selain daripada coach you, cikgu you, tok guru you ajar you. Dia akan cuba guide sahaja tapi you sendiri kena bila sudah di guide jangan daripada A sampai Z you kena jadi macam itu sahaja ikut cakap cikgu sahaja you kena explore yang lain untuk diri you sendiri.

You baca buku ke, you cuba tanya senior- senior lain, you cuba tanya orang-orang yang berjaya lain. You cuba duduk dengan orang yang dah berjaya dalam bidang ini yang lebih 10 tahun ke 8 tahun ke baru 5 tahun dah join berjaya ke. You kena cuba dapatkan pandangan diaorang.so, self-taught . And then life long landed so maknanya nak tak nak setiap masa itu you kena sentiasa upgrade diri you dari segi marketing ke dari segi apa yang kita panggil languangeation ke dari segi experience penjualan ke sales ke you kena sentiasa upgrade diri you. You kena sentiasa belajar benda-benda yang baru. Okay jangan berhenti daripada belajar. Tak bermakna you dah lebih tiga tahun empat tahun buat benda ini you dah bagus. You kena sentiasa upgrade sebab akan ada orang yang lebih muda lebih bertenaga dari you datang dan lagi pandai daripada you lagi cepat daripada you so you nak sentiasa dalam market la sebab benda ini dia berlawan dengan market so you kena sentiasa upgrade diri you untuk upgrade lebih relevan la orang panggil.

 

#4 Waktu Kerja Ejen Hartanah 24 Jam

So point nombor empat saya, kerja ejen hartanah ini dia bukan kerja 9 ke 6 ataupun 8 – 5 . pergi pagi pukul 8 masuk habis pukul 5. Dia bukan kerja macam itu. Okay terus terang kata kerja sebagai ejen hartanah ini kebiasannya client-client nak tengok rumah semuanya lebah office hour dan sabtu ahad and then musim cuti pun time tu client-client you akan free dan nak tengok rumah dan so work life balance itu susah untuk you dapat dalam kerja ejen hartanah ini untuk setahun atau dua tahun pertama. Sebab you tak ada foundation lagi kan. So itu yang you kena faham, you kena ada kerja macam ini bukanlah you kena kerja isnin sampai jumaat and then sabtu ahad you cuti and then time cuti deepavali ke cuti time public holiday itu you boleh cuti ke cuti raya you cuti lah memang kalau saya as a business person kalau saya decide time raya hari raya dan hari raya haji saya akan cuti. Tapi yang lain yang cuti biasa-biasa ni satu hari dua hari itu biasanya saya akan kerja.

 

#5 Skil Pemasaran, Rundingan & Jualan

So, yang kelima. Okay yang kelima ini point yang paling penting sekali. Dia mana untuk you jadi ejen hartanah you kena ada lima benda yang basic. Eh sorry. you kena ada 3 benda yang basic iaitu marketing skills, negotiation skills, dan sales skills. So tiga benda ini. Marketing, negotiation, and sales experience. Sebab itu saya maksudkan kalau orang datang daripada bidang sales, bila dia masuk bidang hartanah ini dia akan mudah sedikit lah untuk aligned dengan hartanah. Tapi kalau you daripada basic you daripada engineering tiba-tiba you tak ada experience dalam bentuk sales tiba you nak masuk dan buat sale boleh jadi you akan lambat sikit la you nak belajar buat marketing macam mana you nak belajar negotiation macam mana. You nak belajar buat sales macam mana. So benda itu memang akan ambil masa bukan tak boleh berjaya tapi boleh okay boleh tapi ambil masa. So, you nak kena belajar system, you kena belajar lead generation, you nak kena belajar macam mana nak uruskan leads ,macam mana you nak adjust you punya commission bila dapat bila dah dapat commission tu you nak allocate percent untuk marketing balik jadi itu merupakan satu system you kena belajar benda itu, so kalau you tak ada basic dia akan lambat sikit la.

So itu sahaja saya punya explanation untuk kawan-kawan yang bercadang untuk nak join sebagai ejen hartanah you boleh dm saya. Saya bukan team leader tapi saya boleh promotekan company saya. Sekiranya berminat dia ada free carrier talk pada 18 haribulan saya akan announce pada saya punya Instagram so in case you berminat you boleh dm saya dan tanya apa-apa sahaja berkenaan karier bidang hartanah ini. So, sekiranyanya anda berminat dengan content yang saya share setiap minggu berkenaan hartanah, interior design dan juga apa-apa sahaja yang best berkenaan dengan property you boleh follow dan subscribe saya punya IG Malaysians Properties, Podcast saya dan saya punya Youtube. Okay so, thank you Yussof Ahmad kerana join. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

 

Transkrip : Sofiya

 

Affendi Real Estate on Social Media:
📷Instagram- http://bit.ly/igmalaysianproperties
🐦Twitter- http://bit.ly/affenditwitter
🌏Facebook- http://bit.ly/fbmyproperties
🎥YouTube- http://bit.ly/affendiyt
🔊Podcast – http://bit.ly/hartanah101pc

 


HUBUNGI AFFENDI JIKA ANDA INGIN
DAPATKAN SERVIS SEWAAN & JUALAN
HARTANAH DI SELANGOR/KL

Whatsapp : 017. 2219. 546

 TELEGRAM 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *